Thursday, September 30, 2010

Black Bass / Kanai Sabah!


Ikan Kanai mungkin agak asing bagi pemancing di Malaysia namun dikalangan pemancing profesional ikan ini begitu digilai. Mereka sanggup berhabis ribuan ringgit untuk merasai cabaran dan tarikan ikan yang mendiami kawasan muara ini.

Di kalangan pemancing profesional ia dikenali dengan nama Black Bass atau nama saintifiknya micropterus striata ia termasuk dalam keluarga ikan bass yang terkenal dengan kelasakannya.

Ia digilai pemancing kerana sifatnya yang gemar membaham gewang tanpa belas kasihan dan ada ketikanya melakukan aksi akrobatik di atas permukaan air.

Secara umumnya, Ikan Bass terbahagi kepada lebih 20 spesis namun terdapat beberapa spesis yang popular antaranya Black Bass, Largemouth Bass, Shoal Bass, Peacock Bass, Suwannee Bass dan sebagainya.

Ikan Black Bass membiak antara bulan February hingga Jun iaitu ketika suhu air mencecah antara 65 – 68’ F.

Ikan Black Bass dikenalpasti mendiami di beberapa bahagian muara di perairan Amerika, Australia dan Papua New Guinea. Papua New Guinea (PNG) mendahului negara lain dari segi aktiviti memancing ikan ini, malah ia dijadikan satu industri yang besar terutama dari segi kemudahan infrastruktur yang berkaitan sukan memancing ikan black bass. Ramai pemancing profesional menjadikan PNG sebagai lokasi wajib setiap tahun untuk menduga spesis ini.

Di Amerika spesis Bass dikenali sebagai ‘King of fresh water’. Manakala di Australia, AGFA atau Australia Games Fishing Association mengiktiraf Black Bass sebagai ikan muara terhandal di dunia.

Di Malaysia spesis black bass ditemui mendiami kawasan muara sungai yang menganjur sehingga ke laut Sulu di Sabah. Kisah kehebatan ikan ini yang disiarkan di majalah malah mendapat perhatian hangat dikalangan pemancing Malaysia terutama yang menganggap memancing adalah satu aktiviti sukan yang menyihatkan telah mendorong krew Jelajah Joran terbang ke Sabah.


4 comments:

  1. adakah juga ia dikenali sebagai ikan siakap merah?

    ReplyDelete
  2. BETUL KE IKAN KANAI NI BLACK BASS?? BIAR BETUL..

    ReplyDelete
  3. ikan largemouth bass tu kategori sunfish, dan ikan peacock bass tu pulak cichlid. Mana ada istilah keluarga bass, kalau istilah geng bass tu adalah.

    ReplyDelete
  4. Micropterus striata tu pun entah hentam mana

    ReplyDelete