Wednesday, March 17, 2010

Kerapu Burma



Oleh Mohammad Shamwen Hashim

THAILAND: Memancing di luar negara sudah menjadi agenda wajib bagi kumpulan, Crossing Border Angler’s Team (CBAT) bagi menutup tirai 2009. Lebih-lebih cuti sekolah, peluang keemasan itu diambil bagi merealisasikan hasrat itu.

Jika perairan Koh Adang dan sekitarnya dipilih sebagai lokasi menutup tirai 2008, kali ini, CBAT memilih trip ke Permatang Burma (Burma Bank) di Myanmar. Pastinya kertang gergasi atau kerapu minyak yang dikenali sebagai ‘Pak Hitam’ banyak mendiami terumbu karang berbukit-bukau di perairan itu.

Rata-rata pemancing yang pernah berkunjung ke Permatang Burma pasti teruja dengan aksi ‘Pak Hitam’, lebih-lebih lagi saiznya seperti anak kerbau baru seminggu lahir dan sukar dikawal.

Tidak hairanlah, pemancing yang pernah menaikkan kertang gergasi ini ‘merungut’ dek keletihan akibat diasak hingga tiada peluang berehat seketika. Namun, melihat kelibat ‘Pak Hitam’ di permukaan air, pemancing pasti tersenyum puas.


Justeru, untuk merealisasikan impian ke Burma Bank bukanlah mudah seperti disangkakan. Ini kerana pemancing terpaksa menghadapi pelbagai karenah birokrasi selain kos tinggi termasuk permit memancing US120 (RM408) seorang.

Untuk pergi ke sarang ‘Pak Hitam’, bot perlu disewa di Pak Bara, Thailand. Pemancing juga terpaksa mengharungi perjalanan selama lapan jam untuk sampai di Ranong. Perjalanan diteruskan ke Kawthaung, iaitu bandar bersempadan dengan Thailand dan Myanmar melalui jalan laut.

Sebagai syarat tambahan, seorang anggota polis ditempatkan bersama pemancing di atas bot atas faktor keselamatan sepanjang trip memancing ini.

Perjalanan kemudian diteruskan ke terumbu karang Burma Bank yang mengambil masa lebih 10 jam. Perairan ini dilihat sesuai untuk semua teknik memancing sama ada jigging, popping atau pancingan dasar yang mencapai kedalaman 300 meter.

Sebagai rahsia untuk menewaskan kertang hitam yang mencapai puluhan kilogram beratnya, pemancing perlu menggunakan joran heavy duty dan kekili elektrik. Untuk mengkarau tali pada kedalaman ini amat sukar, lebih-lebih lagi jika terkena ikan bersaiz bagak. Silap hari bulan, mahu bersimpul urat lengan dan tercabut sendi!

Bagaimanapun, untuk menaikkan kerisi bali bersaiz belasan kilogram, kekili dan joran sederhana sudah memadai kerana ikan ini cepat letih serta mudah ditewaskan.

Kami yang tiba di lubuk kertang hitam ini tidak menang tangan melayan ikan yang galak memakan umpan ikan sardin serta selayang sehingga umpan dua tong Coleman habis. Dalam keadaan kekalutan itu, mujurlah ahli kumpulan membuat tempahan ikan tongkol tambahan daripada tekong. Nyata langkah itu berbaloi

Riuh rendah dibuatnya dengan suara pemancing dan desingan kekili elektrik menaikkan satu persatu kertang Myanmar. Roslan Public Bank lebih hebat dengan Command X8 yang baru dibelinya. Beliau menaikkan empat kertang gergasi hingga beliau ‘tumbang’ semalaman akibat keletihan.

Penulis juga sempat menaikkan dua kertang yang tidak kurang hebat aksinya. Nyata kehebatan Pak Hitam Burma Bank tidak boleh dinafikan. Ini membuatkan kumpulan CBAT awal-awal lagi menempah bot dengan tekong yang sama untuk kembali menyahut cabaran yang dilihat wajib dijadikan acara tahunan.

Selepas mengharungi trip empat hari tiga malam memancing di Burma Bank, pemancing CBAT berjaya memunggah lebih dua tan pelbagai spesies ikan dan dibahagi sama rata sebelum sebahagiannya dijual kepada peraih di Pak Bara.






9 comments:

  1. Bro tangkapan mcm ni lah yng saya impi-impikan,saya tingal dKuching,Srwk memang kaki pancing.Kat Srwk Paloh tmpt lubok ikn spesis tenggri,kerisi,kerapu,merah bergantung pada Tekong la.Kalau lah saya dpt joint u all memang best.

    ReplyDelete
  2. ADA BERANI...MASUKLAH PERTANDINGAN MEMANCING DI TAMAN TASIK TITIWANGSA 11 APRIL INI...HADIAH RM12,000.00 KESELURUHAN...LUMAYAN BEB...(8 PAGI-1 PETANG)..SESIAPA BERMINAT HUBUNGI (Yusof)013-3404614,atau Rukiah(019-3845113)..RM50 JE SATU JORAN...
    http://harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=25785:permata-anjur-pertandingan-memancing-11-april&catid=62:wilayah-persekutuan&Itemid=107

    ReplyDelete
  3. Len macam betul kerapu tu bila dh besar sangat!!!

    ReplyDelete
  4. Trip yang tidak dapat dilupakan...

    ReplyDelete
  5. Pangkah team:
    Kami dari kumpulan pangkahteam teringin hendak ke Burma Bank tetapi tidak tahu caranya.Anggota kumpulan kami terdiri dari guru-guru yang mengajar dalam daerah Sungai petani. Saudara boleh menghubungi kami melalui laman web: pangkahteam.blogspot

    ReplyDelete
  6. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Oh ya, di sana anda bisa dengan bebas mendowload music, foto-foto, video dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete
  7. Slots Cafe - Las Vegas, NV - MapYRO
    › store › slots-cafec 아산 출장마사지 › store › slots-cafec Slots Cafe is located in 창원 출장안마 the heart 안성 출장샵 of Las Vegas. It 남원 출장마사지 is owned by the Cascades Casino and is one of 세종특별자치 출장샵 the most luxurious hotels in Las Vegas. In our database,

    ReplyDelete